
3 perkara wajib anda buat jika anda ingin menyewakan rumah anda dengan mudah.
1. Ubah mindset anda daripada “tuan rumah” kepada “penjual produk”
Sebagai seorang tuan rumah, anda tidak boleh semata-mata post di media sosial atau ruangan iklan:
Rumah untuk disewa, kawasan…. Sila hubungi nombor sekian-sekian….
Tidak mustahil akan ada yang berminat namun kemungkinan besar anda tidak mempunyai banyak pilihan kepada siapa anda mahu sewakan.
Jadi anda harus mempunyai cara fikir yang betul. Buat analisa. Kenal pasti siapa prospek anda dan bagaimana cara berunding dengan penyewa. Dengan ini anda akan mendapat lebih banyak permintaan.
Sediakan add-on value kepada produk anda seperti Wifi, perabot asas supaya penyewa rasa mudah dan tidak terbeban apabila hendak berpindah ke rumah anda.
2. Kenalpasti siapa prospek penyewa anda
Adakah prospek anda bekerja atau belajar?
Purata gaji prospek dan majoriti penduduk kawasan itu?
Purata kadar sewa di kawasan rumah anda?
Bila dapat kenalpasti maklumat ini, baru anda boleh rangka dengan lebih baik. Anda dah boleh tentukan perkara seperti berikut:
- Nak sewakan secara fully furnished, semi-furnished atau kosong sahaja
- Nak sewakan sebiji rumah, ikut bilik atau ikut kepala
3. Promosi booster yang ada di kawasan rumah rumah anda
Untuk rumah, fasiliti yang menarik sudah pasti akan mendapat lebih perhatian.
Rumah yang mempunyai wifi, pengawal keselamatan dan faktor lain akan mempunyai lebih banyak peluang untuk disewa.
Manakala booster di kawasan rumah anda akan membantu untuk mendapatkan lebih ramai prospek. Antara contoh booster adalah seperti berikut:
1. Mempunyai restoran makanan segera 24 jam
2. Mempunyai pasaraya besar
3. Sekolah swasta atau antarabangsa
4. Kawasan perniagaan atau kawasan perindustrian
5. Dekat dengan jalan utama atau plaza tol
BONUS!
Pening kepala nak fikir macam mana nak dapatkan penyewa yang baik?
Nak tahu teknik rahsia untuk mendapatkan penyewa dengan berkesan?
Tidak tahu dekat mana nak belajar cara sebenar menjana keuntungan daripada menyewa rumah?
Kami ada menawarkan solusi kepada masalah anda
Kombo 3 buku kepada anda.
1. Gaji RM2500 Boleh Beli 6 Rumah
Merungkai rahsia bagaimana penulis dan suami boleh memiliki 6 buah rumah dengan hanya gaji bulanan sebanyak RM2500. Kisah benar daripada penulis yang menulis dan berkongsi cara yang betul untuk mencapai matlamat.
“Ini kisah benar. Kisah keberanian yang semua anak muda wajib baca.”
2. Tolong Luluskan: Strategi Pinjaman Rumah yang Anda Belum Tahu
Jika anda takut untuk ditolak permohonan dan mahu mengetahui cara sebenar untuk diluluskan peminjaman, ini buku terbaik untuk anda.
Dalam buku ini ada merangkumi bab seperti berikut:
-Asas dan Etika Perbankan
- Hartanah yang digemari vs hartanah yang sukar mendapat pinjaman
- Faktor usia, kerjaya dan rekod pinjaman sedia ada
- Bagaimana bank menilai pendapatan anda semasa memproses permohonan pinjaman
- Strategi lulus pinjaman bagi peniaga dan yang bekerja sendiri
3. Buat Untung dengan Rumah Sewa
Buku ini pula untuk mereka yang mahu mencari pendapatan sampingan dengan menjana wang daripada rumah yang anda sewa. Tidak perlu beli rumah sebaliknya anda hanya perlu menjalankan bisnes sublet.
Nak tahu dengan lebih mendalam bagaimana cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan melalui sublet.
Dapatkan sekarang promosi yang kami tawarkan. Masa itu adalah emas untuk orang yang tahu memanfatkannya.
Semakin lama anda bertangguh, semakin banyak anda ketinggalan.