
Kasi Terbit sedang mengadakan promosi Kombo istimewa bagi 5 buah buku pada harga istimewa.
Mereka yang tidak mendapatkannya akan kerugian sebab bukan sebab promosi tapi manfaat yang didapati daripada buku.
Ada lima judul buku yang kami nak promosikan. Semuanya bermanfaat dan menambahkan pengetahuan anda.

Buku ini sebenarnya adalah buku motivasi tapi disampaikan melalui realiti semasa yang berlaku terhadap rakyat marhaen.
Buku ini mengumpulkan 30 kisah benar daripada orang biasa-biasa yang berusaha melawan kesempitan hidup dan tekanan kerja. Pelbagai watak seperti peguam jenayah, bodyguard Menteri, penjual santan ditampilkan dalam buku ini.
Ini menjadikan buku ini unik dan memberikan inspirasi bahawa dalam apa jua situasi ekonomi negara, kehidupan harus diteruskan. Setiap orang menjalani survival bukan untuk bermewah tapi untuk hidup pada hari esoknya.

Buku ini berkongsi isu-isu dan komplikasi kehamilan dalam bahasa santai. Ditulis oleh Dr Nurul Khairiyah, seorang pakar Obstetrik & Ginekologi. Antara kandungan buku ini adalah
- ubat yang selamat untuk wanita mengandung
- minum air gula
- mengandung anak kembar
- air ketuban
- risiko tumpah darah
- bersalin caesar
- koyakan semasa bersalin
- urin tersangkut
dan banyak lagi isu dan kes sebenar.
Setiap isu akan diterangkan dengan mudah mengapa ia boleh berlaku dan bagaimana menanganinya.
Buku ini wajib dibaca oleh semua wanita, terutama ibu muda, bakal ibu atau pelajar perubatan yang mahu info berkaitan kehamilan dalam cara bukan akademik.
3. Ummi Oncall Lagi
Buku ini adalah catatan seorang doktor pakar Obstetrik & Ginekologi di sebuah hospital awam.
Penulis banyak berkongsi pengalamannya bersama pesakit dan rakan sesama kakitangan hospital.
Di samping itu juga, buku ini mempunyai info perubatan seperti tekanan emosi ketika berpantang, isu bentan, darah beku di kaki dan paru-paru selepas bersalin dan macam-macam lagi isu sakit puan. Setiap isu akan diterangkan punca dan bagaimana menanganinya dalam bahsa yang mudah dan santai.
Banyak komen positif kami terima mengenai buku ini:

kisah benar 4 orang 'Idiots' yang mengembara ke India dengan bajet tersepit. Hanya RM2000 digunakan untuk jalan-jalan selama sebulan!
Lima negeri, kembara 30 hari. Penulis berkongsi pengalaman dan idea bagaimana impian untuk menjejaki negara India dapat direalisasikan dengan bajet yang terhad. Memang banyak perkongsian yang ditulis dalam buku ini. Anda dapat ambil inspirasi dan belajar daripada pengalaman mereka yang sudah menghadapinya.

Sebuah memoir seorang pendaki yang menyahut cabaran untuk mengibarkan jalur gemilang di puncak gunung tertinggi di dunia, Everest.
Dengan cuaca sejuk ekstrem, curam gunung yang merbahaya, altitude dan bekalan oksigen yang kekurangan adalah antara cabaran besar yang dihadapi oleh mereka.
Gunung ini bukan untuk mereka yang suka-suka mahu naik. Sebarang kesilapan atau kekurangan persediaan boleh membawa kepada kematian.
Adakah misi penulis berjaya?
Jangan bertangguh lagi, promosi ini hanya sah untuk masa terhad. Kami tidak akan memberitahu bila promosi ini akan tamat.
Orang yang bertangguh adalah mereka yang melepaskan peluang dan promosi yang kami tawarkan.
Beli sekarang.