Akaun kotabuku.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Kupon 10 Ebook RM50!

Kupon 10 Ebook RM50!


Harga asal RM300. Harga promosi RM50 (untuk masa terhad).
Apa yang anda dapat apabila membeli kupon ini?


Anda akan dapat memilih 10 ebook istimewa terbitan Perbadanan Kota Buku daripada judul-judul berkenaan:



Dengan pembelian kupon ini, anda akan mendapat diskaun lebih daripada 83%. Kalau anda nak beli satu-satu pun boleh menerusi laman sesawang kami, bookcapital.my (tapi tak dapatlah harga diskaun)

Antara buku menarik yang anda boleh pilih:

KITAB XX - Shah


Buku ini tidak patut dijadikan rujukan untuk mengorat suami orang, sebaliknya sangat sesuai untuk wanita yang ingin hidup berpasangan. 
Menampilkan tips dan cara-cara untuk mengambil hati lelaki dan macam mana sebenarnya untuk membuatkan lelaki tertarik kepada anda. Akhir zaman ini, tiada lagi istilah perigi cari timba.
Ini adalah sebahagian daripada ikhtiar untuk hidup berpasangan.


Mengapa Bayi Anda Menangis - Uswatun Hasanah


Semua bayi akan menangis tapi bila masa sebenarnya tangisan bayi itu sebenarnya bermasalah?
Macam mana nak tahu beza tangisan biasa dan sawan tangis?
Dan apa sebenarnya cara paling berkesan untuk mengatasi bayi yang kerap menangis.
Jangan biarkan anak anda terus menangis kerana ia boleh membawa kesan negatif kepada pertumbuhan mereka.
Tangisan berpanjangan sewaktu bayi meningkatkan 10 kali ganda risiko ADHD dan IQ yang lebih rendah.
Jangan biarkan anak anda terus menangis.
Belajar cara untuk kenalpasti punca dan cara mengatasi masalah bayi yang kerap menangis.
Wajib dibaca oleh semua ibubapa.


JUARA - S. Othman Kelantan


Mengisahkan tentang laga lembu dan politik yang mempunyai banyak persamaan. Tikam menikam, bunuh membunuh dan percaturan yang keji dalam dunia politik.
Plot penceritaan novel Juara berbeza daripada novel biasa. 
Novel ini menarik sebab sebab penceritaan novel ini juta adalah kekecewaan sebenar penulis yang pernah berkecimpung dalam dunia politik. 
Beliau telah dikecewakan apabila tidak pencalonan beliau untuk Pilihan Raya Umum (PRU) telah ditolak kerana faktor usia yang muda.
Wajib dibaca oleh mereka yang sukakan drama politik.
“Gelanggang politik dan gelanggang lembu tidak jauh bezanya dalam praktik. Lembu itu pun sama dengan politik. Sama – sama diperjudikan. Kalau lembu kalah, orangnya pun kalah. Kalau politik kalah, orangnya pun kalah. Politik itu lembu. Dan lembu itu politik,” - S.Othman Kelantan


Anda boleh pilih judul lain mengikut citarasa dan pilihan anda.
Dapatkan sekarang kerana promosi kupon ini hanya untuk masa terhad.